Checklist Selepas Membeli Telefon Baru
Pastikan telefon anda siap digunakan dengan lancar dan selamat! Ikuti 5 langkah penting ini:
đ 1. Kemas Kini Sistem (Software Update)
• Buka Settings > Software Update / System Update > Update Now
• Muat turun dan pasang (install) semua kemas kini tersedia
• Periksa semula selepas restart, ada ketika perlu dikemas kini dua atau tiga kali
___
đ 2. Log Masuk Akaun Google / Apple ID
• Log masuk atau cipta akaun Google (Android) / Apple ID (iPhone).
• Aktifkan ciri Find My Device / Find My iPhone
• Aktifkan Sync & Backup untuk data penting
___
đ 3. Aktifkan Keselamatan Peranti
• Tetapkan PIN, Corak (Pattern), Face ID atau Fingerprint
• Pastikan ciri Anti-Curi / Factory Reset Protection aktif
• Hidupkan Auto Backup (Google One / iCloud)
___
đ§š 4. Buang Aplikasi Tidak Perlu & Pasang Yang Penting
• Nyahpasang aplikasi tidak diperlukan (bloatware). Biasanya Bloatware terdapat pada telefon Android OEM. Google Pixel bebas Bloatware.
• Pasang (install) aplikasi asas:
- WhatsApp / Telegram / Facebook / Instagram dll
- Bank, E-dompet, E-commerce (Shopee, Lazada)
___
đŚ 5. Periksa Aksesori & Waranti
• Semak kabel, pengecas, dan aksesori lain dalam kotak
• Daftarkan waranti (jika perlu melalui laman web jenama)
• Dapatkan tunjuk ajar ringkas dari penjual jika perlu contohnya:
1. Cara ambil gambar
2. Cara guna fungsi istimewa / AI
3. Cara guna Face ID / Fingerprint
4. Aksesori yang sesuai
___
đĄ TIP TAMBAHAN
Simpan resit pembelian dan ambil gambar IMEI telefon anda untuk rujukan masa depan.